mizcawaii: cantik itu indah

ana here

hi ! nama aku rosliana rusli tapi orang panggil aku cik na , ana , @ ros hahaha banyak sangat nama samaran aku kan. I <3 MY BELOG .. yeayy !!! aku suka membaca , menulis , berbelog & etc *______^"

KliK - KliK

SauDara-SaudaRi

Top 10 Members

09 August 2011

Kerana Aku Lebih Sayangkan ALLAH

Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada katiluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..

Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."

Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."






Jika Belum Siap, Cintai Ia Dalam Diam.. ♥

Jika belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakannya dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..

...kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang boleh merosakkan izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ... Subhanallah..

Masih ingatkah kamu tentang kisah Fatimah dan Ali ?yang keduanya saling memendam rasa ...
tetapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..
bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?..

dan jika memang ' cinta dalam diammu ' itu tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, dgn izin Allah, melalui waktu akan dgn menghapuskan 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan pada orang yang tepat ...

biarkan ' cinta dalam diammu ' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara dirimu dan Sang Pemilik hatimu...

Barakallah kpd mereka yg sudah menemui Sang Pemilik Hati sebenar..

Keep Hope Alive! berusaha dan berjuanglah berbekalkan satu HARAPAN..

♥ moga setiap nafasku, seluruh hidupku..
sentiasa dalam rahmatNya.. ♥



03 August 2011

•♥• Rintihan Dari Seorang Hamba •♥•

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah,
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi WANITA SOLEHAH DAN BAIK BUDI SERTA AKHLAKNYA.


Ya Allah,
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat....
 
 

•♥• Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin •♥•

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..



Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..



Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..



Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya



Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata



Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...



Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..



Wahai lelaki . . . Wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥



Wahai lelaki yang punya peranan besar,
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di SYURGA SEBGAGAI BIDADARIMU . . . . 

01 August 2011

Puasa Pertama

BismillahirahmaniRahim..........
Alhamdulillah , Ramadhan muncul lagi....syukur sangat2 coz aku masih lagi dapat merasakan indahnya ramadhan....Dimana Kita xkan dapat merasakan besarnya pahala dan indah nya bulan islam ramadhan ini . . .apalagi Malam yang paling di nntkan oleh umat islam iaitu malam lailatulQadar . . .Malam yang penuh makna....
Semoga saja ramadhan kali ni membawa berkat buat kita semua yang berada di dunia ini . Ramadhan kali ni akan aku penuhi dengan amalan yang paling berfaedah, insyallah untuk menebus kembali kesilapan dalam beramal di bulan ramadahan sebelum ini......subahanallah ...semangatnya aku......semoga allah membantu aku dalam menambah amalan ku untuk di akhirat kelak.....


Kali ni aku xdapat hendak berpuasa dengan family aku di hari pertama puasa dan hari2 lain kecuali waktu aku cuti .... sebab aku kan dah kerja siang dan malam ...ermmm so kali ni puasa pertama, aku sambut dengan kawan sekerja aku Lan .... LAn ni pown sma  macam aku jugak kali ni dia xdapat sambut puasa pertama dengan familynya..........tapi2x alhamdulillah kami x rasa sedih banyak pun coz , kami syukur walaupun x bersama family tapi kami dapat bersahur dan menunaikan kewajipan allah..... kami bersahur dengan penuh gelak ketawa , yang membuatkan kami x terfikir sangat kesedihan bersahur di tempat kerja.... u Know wat , kami sahur dengan maggie jew tau ....sedeyyyy kan .... kenapa x nyeee sahur akhir2 waktu,hahahha.....tapi xpewww kami enjoy sedjak ...hehhe....


Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna , Agar Dapat Ku Tempuhi Dengan Sempurna .......
Selangkah Demi Selangkah , Setahun Sudah pun Berlalu . .  :) :) :0 :0


There was an error in this gadget
Come Come N See. .. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa Berlalu