mizcawaii: cantik itu indah

ana here

hi ! nama aku rosliana rusli tapi orang panggil aku cik na , ana , @ ros hahaha banyak sangat nama samaran aku kan. I <3 MY BELOG .. yeayy !!! aku suka membaca , menulis , berbelog & etc *______^"

KliK - KliK

SauDara-SaudaRi

Top 10 Members

10 May 2011

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua
belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling
memahami dan menghormati antara satu sama lain,
insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman
dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias
menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan
diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan
selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda
tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan
masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros
untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa
perlu disuruh.
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma
beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan
kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan
oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat
anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram
pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak
sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias.
Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya.
Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa
kekurangan.

FROM : MR MUHAMIN

2 comments:

ArulchelseA said...

tq..info yg brguna...

aNa said...

iya..sangat berguna untuk pasangan right he he he

There was an error in this gadget
Come Come N See. .. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa Berlalu