mizcawaii: cantik itu indah

ana here

hi ! nama aku rosliana rusli tapi orang panggil aku cik na , ana , @ ros hahaha banyak sangat nama samaran aku kan. I <3 MY BELOG .. yeayy !!! aku suka membaca , menulis , berbelog & etc *______^"

KliK - KliK

SauDara-SaudaRi

Top 10 Members

27 May 2011

Sapa KaweN Ni ????


Alhamdulillah Selamat sudah Kak  Ida Dan Abg Haris D ijab KAbulkan ..... Semoga Mereka Dapat Menjalani Kehidupan Rumahtangga dengan harmoni sekali......Tamat SUdah Zaman BujangNya HAri ni.....

MasalahnYa  Sekarang Ni , Napa aku concang2 gni hahhah....ndak lama ada orang marah la ni hehhehe....
Macam Betul pulak aku Nengok gambar ku d bawah ni eh hehhehe.....


Aku Ni ada Gaya Warta bha kan hehhe .... macam wartawan gak ku nengok Coz siap ada tali di Leher Tu lagi hahha.... aku ni Mau jugak jadi wartawan lau bole , tapi aku di sini juru gambar la hehhe....
happy gilak tau masa ni, aku yang excited ..... Sampai begegar jugak aku masa ambik gambar pengantin d masjid time di ijab dan kabul mcm aku pulak yang kawen hahahha....ada aura2 kot ngeeee.....hahha....
Tula TaJuk entri Aku kali ni  Sapa Kawen Ni aku KAh @ KAk Ida hahhah.....
Aku gementar , aku jugak yang lebih2 ambik gambar dengan Salah satu Kakitangan Jabatan Agama Islam tu hehhehhe.... aduhhhyaiiiii....

- Simple Tak Aku hehehe..... Baju kurung ,tudung Syria (Kot LA hhehe,aku xtau apa nama tudung ni hehhe) Wedges (yang dah lama tinggal Jer Jadi perhiasan di rumah ku huhuhuhu)
Make up macam biasalah Krim , Bedak Compact , Celak Sikit & aku ada letak Eye Shadow kali ni hehheh)

***Apa Mcm SimpLe KaN***
-MizCawaii Cantik , Comel , & Ceria-

24 May 2011


Julie dah selamat  beranak...sekali 6 ekor tau julie beranak .....
aku pun xtau bila masa dia ni bunting , time aku nak mandikan meo n julie ni baru aku tengok .....
anak2nya menyusu , tekejut gila time aku angkat julie nak mandikan ia...uhhhh 
tapi aku happy gila jooo , tambah banyaklah hamster ku kali hehhe...... i like ......

JIKA DIA MENJADI MILIK KU

assalamualaikum.....

Ermmm 'Jika Dia Menjadi MilikKu'  ..... Wowww Serius ayat gitu hehhe,oleh kerana aku nak join kontes ni NAmpakNya Rahsia tentang aku Pernah Admire KAt some1 Tebongkarlah Sudah hahha..... eee maluNya..

But It's Ok , aku nak memeriahkan lagi Kontes Ni (= so Aku share2 lah Angan2 aku dulu
 'Jika Dia Menjadi Milikku'  .......

Cerita ni Masa Aku Form 4 okay , Dah Lama berlalu.......
Tanpa Membuang Masa lagi aku nak Mulakan Crt aku da ni ....Let's gooo BaBayyy......hehhehe


Seawal  6 pagi aku dah Pergi Skolah , Agak2 pukul 6.30 aku dah sampai kat sekolah dah.......aku Suka sastera , ermmm sastera ni syokkkk gila aku suka sangat sebab bejiwang2 sikit N Sopan Santun Jer bila kita becakap uhhhh Lelaki pun bule cair babe Kalau Aku Cakap hehehhe TApi Tula,aku takut Nak Terus terang Dengan Orang yang Aku Admire Ni Coz Takut Dia MELELEH hahhahah.....

Oh Iya,jangan salah Faham tau Aku Admire ni Bukan Budak Sekelas AKu Or Mana2 kelas Tau Hehehhe...Tapi aku admire KAt Kondukter Bas hahha....Gilakkkk Kan hahha.... Cuba Korang BAyangKan Cam Ner LAh Aku ni leh admire kat budak tu,Konducter Bas lagi tu huhuh....cuba Tanya aku kenapa ????
Korang Xtau ,hahha..... aku lagi xtau hahhaha.....

okaylah Cam Ni Cerita Nya , 1st aku tengok budak ni di Town ... aku tengok dia Punyalah kiut , putih , kurus , tinggi pulak tu ..... uhhhh Terhenti seketika aku tengok dia wowww sooo sweet,Kalau aku dapat ni kan best  hehhee tula ayat aku first tengok dia ..... MACAM DALAM DRAMA LA PULAK hahhaa.......

2nd aku tengok dia dalam bas collect duit penumpang (kami kat sabah ni kalau naik bas ada konduk yang kutip duit & menetapkan bayaran ke satu2 destinasi), situ Baru aku tahu Dia rupanya konducte bas....ermmmm  1st hampa jugak tau kerja Nya mcm tu tapi aku xkesah aku dah suka kat dia (so sweet) hehhehe..... Hari demi aku selalu jer nak tengok muka dia , xtengok sehari e,e,e, xtenang tau hehehe...lucu jugak aku ingat masa tu.....

Oh ya, Ada 1 masa tu aku betul2 rasa mcm dalam filem pulak hahhaa.....KAlau aku ingat aku gelak mau tecabut isi2 perut ooooo  hahhahahha..... aku gelak sebab aku ada bagi budak tu daun yang tetulis kat atas nya kata2 romantik , aku pun tak ingat dah apa ayat tu tapi memang romantik gilaaa.... Daun tu aku suruh seorang budak bagi kat dia & aku lari sembunyi sambil tengok2 dia baca ayat atas daun tu,aku hampa lah time tu coz lepas dia baca dia buang gitu saja huuhuhuhu sedihhh la sangat time tu ......huhuhu

Aku pernah gak angan2 'Jika Dia Menjadi Milikku' indahnya ........ dahlah comel,putih,tinggi,kurus2 lak.....
kalau dia romantik lagi , selalu bagi hadiah , caring ,beriman ,selalu bawa jalan wowwww confirm xnak  cari yang lain sudah bha....hehhehhe.....ermmm aku terus berharap dan terus dengan berserta doa berharap nak dia jadi milikku ...doaku supaya jika dia ada yang punya agar allah bagi petunjuk......


seminggu Berlalu , aku tengok dia dengan budak sekolah lain huhhhhhuhuhu hancur berkecai harapan aku......Rupanya dia dah ada yang punya,start Hari tu aku dah x ganggu dia lagi ....huhuhuhu.......aku Teruskan kehidupan tanpa admire kat dia lagi & sekarang aku dah Jumpa orang yang admire kat aku jugak....BestNya ! ! !

Alhamdulillah Habis dah Corat Coret Aku
"Jika Dia Menjadi Milikku"

sekarang masa nak tag adibah mazlan dan Abe Long Mohamad

Kawan ana Pulak http://jelitaayu.blogspot.com & http://Boondengzpunya.blogspot.com

22 May 2011

7 Kelebihan Wanita Solehah

1- Apabila sorg wanita solehah menghantar suaminya kluar di jalan ALLAH dan menjaga dirinya di rumah, m'amalkan agama secara sempurna maka dia akan masuk syurga 500 tahun awal drpd suaminya.. Dia akan menunggu suaminya di dlm syurga dgn m'ngendalikan kuda yg di p'buat dri yaqut.

2- Di syurga, kaum lelaki akan b'ziarah kpd ALLAH SWT. Akan ttapi bg wanita yg m'habis kn hidupnya dgn k'taqwaan dan m'makai purdah, maka ALLAH SWT sendiri akan dtg kpd nya (m'ziarahinya).

3- Seorang wanita solehah lbih baik drpd 70 org wali.

4- Seorang wanita yg istiqamah m'jaga solat dan puasa, m'jauhkan diri dri maksiat dan m'taati suaminya maka dia akan masuk syurga dri pintu mana shaja yg disukainya.

5- Wanita yg m'nyapu rumahnya sambil b'zikir, maka ALLAH SWT akan m'berikannya pahala sama sprti m'nyapu Baitullah

6- Apabila suami kembali dri b'pergian kemudian isteri m'jamu atau m'layannya,dan slama suami pergi dia x m'lakukan maksiat maka, dia akan m'dpt pahala sma sprti m'laksanakan solat sunat slama 12 tahun.

7- Apabila sorg suami kembali ke rmh dlm keadaan cemas, kemudian isterinya m'nyambut dan m'hiburnya maka, ALLAH SWT akan m'berinya pahala yg sama dgn separuh pahala jihad.



13 May 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw feat Amee With Lyric By Nury

ketika cinta bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

10 May 2011

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua
belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling
memahami dan menghormati antara satu sama lain,
insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman
dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias
menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan
diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan
selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda
tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan
masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros
untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa
perlu disuruh.
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma
beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan
kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan
oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat
anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram
pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak
sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias.
Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya.
Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa
kekurangan.

FROM : MR MUHAMIN

05 May 2011

my Vi

My vi wow...cantik gila....mesti harga aksesori ni mahal2 semua..mesti banyak kosnya ni bukan alang2 , dalam kereta ni ala2 pub gtu......sangat2 woww...

04 May 2011

my pet

meo n juli ... ni hamster aku , aku suka sangat dengan binatang kecik ni..... x susah pun jaga dua ekor ni . . .
just bagi makan , minum & tukar habuk tempat dua ekor ni selang seminggu la coz kalau xtukar bau kencing dua ekor ni memang gilaaaa membunuh babeee....  jadi kalau kamu orang mau try bela hamster ni , jangan sampai ndak korang ndak tukar habuk nya..xpasal2 kamu sakit hidu bau kencing hamster ni menyengat oooo... hehehhe...
my pet ni lah yang selalu menjadi penghilang bosan ku coz aku selalu ganggu 2ekor ni lau aku rindu dengan dia.Dia yang belikan untuk aku kan.

autoShow TAWAU

Sound System
amboi amboiiiii Tawau makin hari makin di kenali gtu.....bole tahan tawau sekarang ni,makin hari makin ada kemajuan , walaupun kami berada di hujung-hujung dunia kunuk lah katakan.......tapi,.....
amboi amboiiiiii......makin mantap jugak gitu.... =)


haaa tengok tu, motor mcm2 fesyen....siap ada bebulu lagi wowww!!!
bukan setakat motor..tengok basikal kat ats ni wowww , ada gaya2 motor herley tu.....

Autoshow ni diadakan Sempena hari Pekerja 1-5-2011 , selain pertandingan hiasan kenderaan pertandingan karaoke pun ada jugak ermmm maklumlah orang2 sabah ni suara mantopppp!!! Meletopppp !! hehehe

semoga Tawau Terus MAJU ... Go sabah Go . . . Go TAWAU GOoooo. . .hehehe

kencing malam

 KANAK-KANAK YANG SELALU KENCING MALAM
Kanak-kanak yang selalu kencing malam (Eneuretic Children) biasa menimbulkan perasaan runsing kepada ibu bapa jika keadaan ini berterusan pada umur lebih dari enam tahun. Keadaan ini lebih kerap dibawa ke perhatian doktor di negara -negara barat seperti Amerika Syarikat kalau dibandingkan dengan di negara ini.
Mengikut satu kajian yang dijalankan di United Kingdom seramai 70 peratus kanak -kanak didapati tidak lagi kencing malam dan pada umur 10 tahun hanya 5 peratus sahaja kanak -kanak yang masih terus berbuat begini.
Keupayaan menahan diri dari kencing malam sudah tentulah berbeza di antara kanak -kanak itu untuk menahan dari kencing malam dikaitkan dengan kematangan urat sarafnya. Pada usia 18 bulan hingga 30 bulan seseorang kanak -kanak itu akan mula dapat merasai pundi kencingnya penuh dan menyatakan keinginannya untuk membuang air. Dia juga boleh menahan diri dari membuang air . Kematangan urat saraf yang mengawasi fungsi pembuangan air mungkin lambat dicapai oleh setengah -setengah kanak -kanak. Ada ibu bapa yang melatih anak -anak mereka dari awal -awal lagi untuk membuang air dengan bersungguh -sungguh dan berasa gelisah apabila anak mereka lambat menguasai pembuangan air.
Terdapat dua keadaan Eneuresis atau membasahi tilam kerana kencing malam. Pertama ialah bila kanak -kanak itu tidak pernah berhenti dari membasahi tilam kerana kencing malam ( primary enueresis) sementara yang keduanya ialah kanak -kanak yang sudah berupaya menahan diri dari kencing malam itu tiba -tiba mendapati keadaan ini berulang ( secondary eneuresis ). Infeksi buah pinggang adalah keadaan yang selalu difikirkan oleh para doktor jika ' secondary eneuresis ' ditemui terutamanya dikalangan kanak - kanak perempuan.
Kanak - kanak yang selalu kencing malam mungkin ada kaitannya dengan unsur baka , urat saraf yang kurang matang , unsur psikologi seperti tekanan emosi dan juga unsur organik. Kebanyakkan kanak - kanak yang mengalami primary eneuresis tidak menghidap apa - apa penyakit organik yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan khas. Walau bagaimanapun , ibu bapa kanak - kanak itu selalu tidak berasa senang hati kerana terpaksa kerap kali mencuci dan mengeringkan tilam yang telah basah , lebih - lebih lagi kerana ibu bapa juga tahu yang penyakit kencing manis atau diabetis mellitus boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu kencing dengan banyaknya pada waktu siang dan juga waktu malam.
Pemeriksaan doktor
 Apabila seseorang kanak - kanak itu dibawa berjumpa doktor kerana masalah kencing malam seorang doktor itu akan menanyakan riwayat yang berkaitan dengan kesihatannya pada masa yang lalu , riwayat perkembangannya , sama ada dia menempuh proses perkembangan yang sederhana atau menunjukkan perkembangan yang lambat. Adalah penting diketahui sama ada kanak - kanak itu pernah kencing pada waktu malam dan masalah ini telah berulang sekali lagi ( secondary eneuresis ). Adakalanya keadaan ini timbul ekoran dari sesuatu kejadian yang menganggu emosi kanak - kanak itu seperti kelahiran adik baru yang menyebabkannya mendapat kurang perhatian daripada ibu bapanya.
 Pemeriksaan fizikal yang dijalankan akan merangkumi pemeriksaan tekanan darah , ukuran tinggi dan timbang berat , pemeriksaan sistem urogenital dan pemeriksaan urat saraf. Lazimnya pemeriksaan fizikal didapati normal. Bagi kanak - kanak yang dilahirkan dengan keadaan yang dipanggil meningomyelocoele , akan ketara yang terdapatnya satu gelembung yang mengandungi urat saraf yang terdedah di bahagian tulang belakang kanak - kanak itu. Urat saraf yang menguasai fungsi pundi kencing biasanya terjejas.
Seorang kanak - kanak yang mengalami primary eneuresis tampa apa - apa abnormaliti dari pemeriksaan fizikal biasanya tidak memerlukan ujian yang khas kecuali pemeriksaan air kencing untuk memastikan dia tidak mengalami infeksi buah pinggang ( urinary tract infection ) dan juga kencing manis atau diabetis mellitus.
Rawatan
Adakalanya seseorang doktor itu , setelah memastikan yang kanak - kanak itu tidak mengalami penyakit hanya akan mengesyorkan kepada ibu bapa supaya memberi satu kelandar kepada kanak - kanak untuk dicatitkan hari - hari yang dia kencing malam. Kanak - kanak itu boleh diberikan bintang - bintang berwarna merah atau hitam yang boleh dilekatkan pada hari - hari dalam kelendar itu. Setiap kali kanak - kanak itu mendapati dia berjaya menahan dari kencing malam dia akan melekatkan bintang merah pada hari itu , sebaliknya jika dia didapati kencing malam dia akan diberikan bintang yang berwarna hitam. Dengan cara ini sahaja banyak terdapat kanak -kanak yang selalu kencing malam bukan sahaja dapat mengurangkan episod kencing malamnya bahkan mungkin berhenti terus dari kencing malam. Cara ini lebih berkesan daripada cara -cara yang dimana ibu atau bapa selalu mengejutkan kanak -kanak di tengah malam untuk pergi membuang air atau menyuruhnya mengurangkan minum air sebelum tidur.
Ada juga pakar -pakar yang melakukan hypnosis untuk mengurangkan kencing malam dikalangan kanak -kanak tetapi kaedah ini masih perlu di selidiki sebelum dapat diterima dengan umumnya.
Satu cara yang biasa digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat ialah alat yang dipanggil urine alarm. Alat ini dipasang pada kanak -kanak diwaktu dia tidur dan jika kanak -kanak ini mula kencing malam , air yang membasahkan tilam itu akan menghidupkan alarm itu menyebabkan kanak -kanak itu terbangun dan pergi membuang air di bilik mandi. Dari masa ke masa kanak -kanak itu akan bangun sendiri apabila terasa pundi kencingnya penuh tanpa urine alarm itu di bunyikan. Alat ini tidak senang diperolehi dan di United Kingdom juga alat ini terhad menyebabkan kanak -kanak terpaksa menunggu giliran mereka untuk mendapatkannya. Alat ini sangat berkesan untuk mengurangkan dan memberhentikan masalah kencing malam dikalangan kanak -kanak.
 Sejenis ubat yang di panggil imipramine boleh juga digunakan untuk mengurangkan kejadian kencing malam dikalangan kanak -kanak. Ramai pakar kanak -kanak di Eropah dan Amarika Syarikat lebih suka memberi ubat daripada menggunakan urine alarm kerana ini mudah diuruskan. Imipramine juga mempunyai kesan sampingan kepada jantung yang tidak diingini.
Walaupun ada beberapa kaedah yang boleh di gunakan untuk mengurangkan episod kencing malam di kalangan kanak -kanak perlu difahami bahawa kebanyakan kanak -kanak dengan sendirinya akan mencapai keupayaan untuk menahan dari kencing malam apabila umurnya meningkat. Latihan untuk menggalakkan kanak -kanak mengawal kencing mestilah dilakukan didalam suasana yang tidak menekan.
Kesimpulannya
Kanak -kanak yang membasahi tilam pada waktu malam selalunya tidak menghidap apa -apa penyakit dan keadaan ini ada kaitannya dengan kematangan urat saraf seseorang kanak -kanak itu. Bagi kanak -kanak yang sudah berupaya menahan dari kencing malam tiba -tiba keadaan ini berulang semula perlulah dipastikan yang mereka tidak mengalami penyakit infeksi kencing ( urinary tract infection ) yang mungkin memerlukan ujian pancaran X. Kanak -kanak yang menghidap penyakit infeksi kencing perlu dirawat dengan antibiotik yang tertentu serta dibawa berjumpa doktor dari masa ke masa. Jika tidak dikawal  penyakit infeksi kencing boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang ( chronic renal failure ) apabila mereka dewasa.
There was an error in this gadget
Come Come N See. .. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa Berlalu