mizcawaii: cantik itu indah

ana here

hi ! nama aku rosliana rusli tapi orang panggil aku cik na , ana , @ ros hahaha banyak sangat nama samaran aku kan. I <3 MY BELOG .. yeayy !!! aku suka membaca , menulis , berbelog & etc *______^"

KliK - KliK

SauDara-SaudaRi

Top 10 Members

25 February 2011

kisah 3 insan

Ita ingin menceritakan ttg satu kisah cinta,namun melibatkan 3 hamba ALLAH S.W.T ..dan ertinya melibatkan juga 3hati..namun mereka bertiga mempunyai masalah hidup yg sangat merumitkan..mereka adalah Irfan,Ana dan Badreah..

Irfan sngat rapat dgn Ana,malah lebih rapat dari seorang teman,boleh dikatakan mereka spt adk dan abg..
pada suatu hari,Irfan berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Badreah..perkenalan mereka sangat indah hingga menerbitkan bibit2 cinta antara mereka..tapi Badreah juga menyedari akan kehadiran Ana dalam kisah cinta mereka..namun Irfan menjelaskan bahawa di antara mereka tiada apa2,jika ada pun hnya perasaan antara abg dan adk..
Badreah yakin dan percaya pada penyataan Irfan itu..dan selepas dari itu,mereka pun melalui hari2 mereka sbg pasangan kekasih..walau Irfan dan Badreah menjalani cinta jarak jauh,namun perasaan mereka semakin hari semakin menebal antara satu sama lain..hingga mereka berhasrat ingin melayari bahtera perkahwinan bersama..

Namun siapa dapat menyangka,pada suatu hari Irfan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan keadaannya cukup parah..Ana pun segera menghubungi Badreah dan menyampaikan berita itu..
Badreah rasa seperti ingin rebah ke bumi..kerana apa yg dia lebih kesali adalah dia tak mampu menemani Irfan..faktor jarak dan kesempitan hidup mmbuat pergerakan Badreah sangat terbatas..

Badreah hnya mmpu berdoa dari kejauhan..hampir di setiap doanya dia mengharapkan kesembuhan Irfan..dan sejak dari hari itu juga Badreah semakin rapat dengan Ana..Dan tanpa disedari,Ana telah menunjukkan tanda2 bahawa dia juga mencintai Irfan..dan Ana mengakui sndri perasaannya itu kepada Badreah..Namun Badreah tidak terkejut dengan hal itu,kerana sejak mula dia dapat menjangka bahawa hal ini pasti akan terjadi..

Hari2 demi hari pun berlalu..Irfan semakin pulih dari kecederaanya,manakala Badreah masih tidak mampu menunjukkan diri..tapi Irfan tidak kisah dengan semua itu..yang penting baginya adalah cinta Badreah hanya untuknya..dan cinta itulah yg membuatkan dia mampu bertahan hingga ke hari ini..

setelah Irfan sembuh sepenuhnya,Badreah berbincanng dengan Irfan..dia memnyatakan bahawa Ana lah yg seharusnya bersama Irfan,bukan dia..kerana Ana telah menjaga Irfan dgn sepenuh perhatian dan mampu menemani di saat suka dan duka..tapi bagi Irfan,Badreahlah kebahagiaannya..dan tidak ada seorang pun yang mampu mengubah keadaan itu..
dan Ana juga telah berkata, jika Irfan bahagia dengan Badreah,maka bahagia juga yg dia rasakan..

Selepas dari itu,hubungan mereka kembali seperti biasa..dan lebih menggembirakan hati Badreah,dia dan Ana menjadi kawan baik..

Namun kisah ini tak terhenti hanya di sini..
Siapa dapat menduga,panas yg dikira akan bertahan hingga ke petang tapi hujan ditengah hari..
Badreah mendapat khabar bahawa Ana sakit..dia mengalami masalah buah pinggang..dan keadaannya amat kritikal dan sangat memerlukan seorang penderma buah pinggang..org tuanya tidak boleh menjadi penderma kerana mengalami masalah kesihatan,jika ada pun yg lain,termasuk Irfan,jenis darah atau saiz tidak sesuai dgn tubuh Ana..

Entah mengapa,kali ini Badreah nekad utk bertemu dengan Ana dan Irfan..dia mengeluarkan wang simpanannya utk menanggung kos perjalanan ke sana..dan Badreah meminta ibunya utk menemaninya..kerana dia takut tak mampu menghadapi segala kemungkinan seorang diri apabila berada di sana nanti..

setibanya di hospital tempat Ana dirawat,Badreah merasakan dia harus bertemu dengan doktor yg merawat Ana..
doktor menceritakan keadaan Ana dengan begitu teliti,lalu Badreah menyatakan hasratnya utk menjadi penderma..ibu Badreah sangat terkejut dengan hasrat anak perempuan satu2nya itu..Badreah menggenggam erat tangan ibunya dan meyakinkan ibunya bahawa ajal manusia itu terletak di tangan ALLAH S.W.T..sebagai sesama manusia bukankah kita harus saling menolong selagi kita termampu..kalaupun dia harus mati ditempat ini,ibunya harus m'ikhlaskan kepergiaannya krn ALLAH telah mentakdirkan bahawa mereka mmg harus sampai ditempat ini..

Akhirnya ibu Badreah akur dengan permintaan anaknya itu,meski terasa berat namun dia yakin..jika itu yg terbaik yg anaknya inginkan,dia tak berdaya menolak..sebagai seorang ibu hnya mmpu memberi restu agar dipermudahkan segala urusan..

Setelah melakukan pemeriksaan utk menentukan adakah Badreah sesuai menjadi penderma,akhirnya mereka dapat keputusannya..buah pinggang Badreah sesuai..
senyuman lega dan ucapan Alhamdulillah keluar dari bibir Badreah saat menyambut keputusan itu..
lalu Badreah menyatakan satu hasrat hatinya sebelum pembedahan itu dilakukan dengan segera..

**********

Beberapa hari kemudian,Ana tersedar dari tidur panjangnya..dia melihat semua insan yg di sayangi berada di sekelilingnya..termasuk Irfan dan kedua org tua Irfan..tanpa disedari,air mata kesyukuran jatuh dari mata yg melihat Ana..
namun persoalan pertama yg bermain di fikiran Ana saat ini,siapa insan berhati mulia yg telah mendermakan organ pentingnya itu kpd dia yg hampir tiada harapan utk hidup..??
namun tiada siapa yg mampu menjawab soalan itu..mereka hnya saling bertanya sesama sendri..

Tiba2 doktor masuk..dan m'ucapkan selamat kerana pembedahan itu berjalan dengan baik..namun tiba2 doktor mengeluarkan sepucuk surat dari sakunya..dia berkata,penderma itu mengirimkan surat ini sebelum ia pergi..Ana bertanya,penderma itu ke mana..doktor itu hnya meminta dia utk membaca surat itu..kerana semua jawapan utk persoalan ada di situ..

Ana membaca isi surat itu dengan cermat,wajah yg tadinya ceria telah berubah menjadi wajah yg penuh dengan kesedihan..semakin lama,tangisan itu disertai dengan esakan yg sangat jelas..
mereka yg melihat Ana menjadi hairan dan bingung melihat situasi itu..lantas Ana menyerahkan surat itu kepada Irfan..
Irfan membaca surat itu dengan teliti..dan isi surat itu..

"As'salammualaikum wr..wb..
kehadapan Ana yg Badreah sayangi dan abang Irfan yg dicintai..saat kalian membaca surat ini,eah tak ada di bumi Allah ini lagi..eah minta maaf kerana tak beri tau bahawa eah datang ke mari utk melihat keadaan Ana dan tak beritau bahawa eah menjadi penderma..kerana jika eah beritau,mesti kalian akan melarang eah..
Eah tak tau,kenapa terdetik hati eah utk datang dari jauh dan bersetuju jadi penderma..namun eah yakin,bahawa semua ini adalah petunjuk dari ALLAH S.W.T bahawa Ana harus selamat..Ana harus hidup lebih lama..
Ana janganlah bersedih ya..dan jangan salahkan diri Ana..kerana ini semua adalah 'qada dan qadar-NYA..sebagia sesama saudara hnya ini yg eah mampu lakukan..dan mungkin ini juga petunjuk bahawa Ana dan abg Irfan harus bersama..
Abang Irfan,tolong jaga Ana baik2 ya..sayangi dia dan cintai dia sepertimana abg sayang dan mencintai eah..kerana sebahagian dari diri eah ada dalam badan Ana..jadi selama mana Ana akan terus hidup di bumi ini kelak,selama itu jugalah cinta eah akan terus hidup utk abg..
jangan anggap ini sebagai amanat terakhir dari eah..tapi anggaplah ini sebagai takdir dan ketentuan dari-NYA bahawa kalian harus bersama..
Di dalam sampul ini,eah ada sertakan sebentuk cincin milik eah..abg ambilah cincin itu dan sarungkan di jari manis Ana sebagai tanda abg bersedia menjadikan Ana sebagai isteri abg dan abg akan menjaganya dgn penuh tanggungjawab..kini kebahagiaan abg Irfan dan Ana adalah kebahagiaan eah..
Ana jaga diri dan kesihatan ya..ketahuilah bahawa Badreah sangat menyayangi Ana seperti saudara sendri..
dan abg,janganlah lupakan eah ya..
ingatlah Badreah dalam doa kalian..
jika kalian merindukan eah,lihatlah bulan yg sedang purnama..sesuai dengan nama Badreah atau bulan purnama,itulah yg eah harap dapat lakukan..memberi sinar purnamanya kepada malam yg gelap agar malam yg gelap itu menjadi lebih indah dan berseri kerana cahayanya..
b'syukurlah atas semua nikmat dari ALLAH S.W.T..
SELAMAT TINGGAL ANA..SELAMAT TINGGAL ABANG IRFAN..."

Irfan tak mampu berkata apa,hnya air mata yg mengiringi pemergian dan ucapan selamat tinggal dari Badreah...

by : adeq ita @ merpati sepi...

No comments:

There was an error in this gadget
Come Come N See. .. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa Berlalu